Friday, October 31, 2008

Harga Petrol & Diesel Turun ~ YEaaH~

Oct 31 2008 - Berkuat kuasa mulai tengah malam ini harga runcit petrol dan diesel dikurangkan sebanyak 15 sen seliter berkuat kuasa tengah malam ini - kali keempat berturut-turut.

Sehubungan itu, harga petrol RON97 dikurangkan daripada RM2.30 seliter kepada RM2.15 seliter, petrol RON92 dikurangkan daripada RM2.20 seliter kepada RM2.05 seliter.
Diesel pula dikurangkan daripada RM2.20 seliter kepada RM2.05 seliter.

"Oleh kerana harga minyak dunia telah menurun secara ketara akhir-akhir ini, kerajaan telah membuat keputusan untuk sekali lagi mempercepatkan pengurangan harga runcit bagi membolehkan orang ramai menikmatinya," kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

Adapted from The Star Online.

Glad to hear that the government abide to their promises.....

No comments: